Perempuan
yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan sholat sambil menangis
terisak-isak. Setelah selesai sholat dia mengangkat wajahnya ke langit dan
berdoa :
"Wahai
Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah
penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang
tersembunyi dan rahasia, serta setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku
selain Engkau yang kuharap dapat menghindarkan bencana yang dahsyat."
Saleh
Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: "Wahai Ibu!
Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?"
"Tangisku
yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya,
dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia
mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari
kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia
tetapi akan dibakar di nereka nanti." Kata perempuan tua itu.
Saleh
pun ikut menangis kerana sangat terharu mendengar hujjah wanita yang
mengharukan itu. "Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu
dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya."
Pinta perempuan itu.
Lalu
Saleh membacakan ayat yang artinya:
"Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang
semestinya."
(Al-An'am: 91)
"Wahai
Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?" Kata
perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan
hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika
itu juga.
Pada
suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam
keadaan memakai baju yang sangat bagus.
Dalam
mimpi tersebut Saleh bertanya: "Bagaimana keadaanmu sekarang?"
Perempuan
itu menjawab: "Lebih baik rohku dicabut, aku didudukkan di hadapan-Nya dan
berkata: "Selamat datang wahai orang yang mati akibat terlalu sedih kerana
merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar